Main Content
Belajar Daripada Usahawan Ternakan Talapia Yang Berjaya
Edisi Terbaharu
Panduan ebook dikemaskini dari semasa ke semasa sejak dari tahun 2009 lagi sesuai dengan peredaran zaman.
Mengandungi 14 Bab
Kesemua ilmu dan pengalaman berkaitan penternakan ikan talapia telah disusun dengan teliti dalam 14 bab.
Format PDF
Panduan ebook berformat PDF yang boleh dibaca melalui komputer atau menggunakan telefon bimbit anda.
Pelaburan Berbaloi
Kurangkan risiko kerugian yang mungkin anda hadapi ketika membuat penternakan ikan talapia tanpa ilmu.
Senarai Semak
Disertakan sekali senarai semak langkah demi langkah untuk membantu anda memulakan penternakan ikan talapia.
Kisah Kejayaan
Dapatkan motivasi daripada perkongsian kisah kejayaan usahawan ikan talapia yang berjaya di Malaysia.
Dapatkan Panduan Ini Cuma Dengan Harga RM30 Sahaja.

Panduan Penternakan Ikan Talapia
Ebook ini merupakan gabungan rahsia, tips dan pengalaman penulis dalam mengusahakan penternakan lebih daripada 15,000 ikan air tawar berasaskan ikan talapia.
Dengan mendapatkan ebook ini, anda dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga kerana ebook ini merupakan short-cut untuk mempelajari semua ilmu berkaitan penternakan ikan talapia.
Kisah Usahawan Ternakan Ikan Air Tawar Malaysia
KOTA BHARU: Raja Zakaria Raja Abdullah berjaya meraih pendapatan sebanyak RM80,000 sebulan hasil daripada penternakan ikan tawar di tempat beliau. Beliau merupakan penternak dan pembekal ikan air tawar yang berjaya di Pantai Timur yang mampu mengeluarkan 60 metrik tan ikan sebulan.
Apa yang menariknya ialah Raja Zakaria sanggup meninggalkan kerjayanya di sebuah bank tempatan kira-kira 10 tahun lepas semata-mata untuk mengusahakan kolam ikannya sendiri.
Pada mulanya beliau membina dua buah kolam dengan bermodalkan RM3,000. Kini, beliau mempunyai lebih daripada 30 buah kolam jenis simen, 13 kolam jenis tanah dan beberapa sangkar ikan di tali air. Antara ikan air tawar yang diternak oleh beliau ialah ikan talapia, keli, patin dan lain-lain.
*Dipetik daripada laporan berita BERNAMAKandungan Bab Panduan
Bab 1: Pengenalan
Perkongsian info asas mengenai ikan talapia, potensi keuntungan dan jenis ikan talapia baharu yang boleh mencepatkan masa untuk tuaian.
Bab 2: Perihal Kolam
Maklumat lengkap berkaitan kolam termasuk lokasi yang sesuai, kiraan kos pembinaan kolam, pengurusan kolam dan banyak lagi.
Bab 3: Benih Ikan Talapia
Rahsia bagaimana untuk memilih benih ikan yang terbaik, saiz benih ikan yang patut dibeli, pembekal benih dan kiraan berapa banyak benih untuk kolam anda.
Bab 4: Makanan Ikan Talapia
Ketahui makanan yang sesuai untuk setiap peringkat tumbesaran ikan talapia serta langkah-langkah untuk membuat makanan sendiri untuk menjimatkan kos penternakan.
Bab 5: Penyakit & Rawatan
Senarai penyakit yang biasa menyerang ikan talapia Malaysia serta cara-cara untuk mengatasi dan cara untuk mengubati penyakit-penyakit tersebut.
Bab 6: Teknik Jualan
Bahagian ini merangkumi tips untuk menuai hasil ikan talapia, teknik penetapan harga jualan serta teknik jualan ikan talapia dan BANYAK LAGI. Ada 8 bab lain lagi yang ada di dalam panduan ini.