18 Fakta dan Trivia Menarik Tentang Ikan Tilapia

Ikan tilapia, atau dikenali dipanggil juga talapia, adalah salah satu jenis ikan air tawar yang sangat popular di kalangan orang-orang yang suka makan ikan. Jom kita lihat 10 fakta ringkas dan 8 trivia yang menarik tentang ikan tilapia ini:

10 Fakta Ringkas Tentang Ikan Tilapia

10 Fakta Ringkas Tentang Ikan Tilapia
  1. Nama gelaran ikan tilapia di negara luar negara ialah ‘frankenfish’ kerana ikan ini mudah untuk diubah genetiknya.
  2. Kebanyakan ikan tilapia yang ada di pasaran Malaysia adalah datang daripada kolam penternakan ikan.
  3. Negara China merupakan pengeluar ikan tilapia yang terbesar di dunia. Hampir 50% ikan tilapia datangnya dari China.
  4. Ikan tilapia mudah diternak kerana ikan ini senang untuk membiak, boleh hidup di dalam kolam yang sempit atau di dalam pelbagai jenis air, serta mempunyai diet pemakanan yang mudah.
  5. Ikan tilapia mudah untuk disiang dan dimasak. Oleh sebab itu, ikan ini juga digelar sebagai “ayam” sungai.
  6. Terdapat lebih daripada 100 spesis ikan tilapia yang ada di dunia kita.
  7. Penternakan ikan tilapia merupakan penternakan air yang popular pada abad ini.
  8. Ikan tilapia merupakan salah satu daripada 4 hidangan ikan popular di Amerika selain daripada salmon, tuna dan ikan kod.
  9. Ada saintis yang menggunakan kulit ikan tilapia untuk merawat kesan melecur manusia.
  10. Ikan tilapia mengandungi nutrisi penting seperti protein, omega-3, dan vitamin. Ini menjadikannya pilihan yang baik untuk pemenuhan keperluan nutrisi harian.
Note

ISI IKAN TILAPIA

Isi ikan tilapia berwarna putih dan bertekstur halus. Rasanya juga ringan membuatkan ikan tilapia ini menjadi pilihan popular di meja makan.

8 Trivia Menarik Tentang Ikan Tilapia

8 Trivia Menarik Tentang Ikan Tilapia

Ahli Keluarga Cichlid

Ikan tilapia sebenarnya merupakan ahli keluarga Cichlidae. Kategori yang sama dengan ikan gapi dan ikan arwana.

Ikan Jenis Omnivor

Ikan tilapia ini sebenarnya pemakan semua benda termasuklah alga, tumbuhan air, dan serangga kecil. Jadi, ikan ini mudah untuk diternak terutamanya di dalam kolam rumah.

Tahan Lasak

Tilapia dikenali sebagai ikan yang tahan lasak dan dapat hidup dalam pelbagai jenis persekitaran air.

nak belajar ternak ikan tilapia? dapatkan panduan ini:

Panduan Ternak Ikan Tilapia

Panduan ini mengajar kita tentang bagaimana untuk memulakan penternakan ikan tilapia dengan kos yang rendah. Kita boleh mengelakkan diri daripada risiko kerugian beribu-ribu ringgit andai kata tiada ilmu penternakan tilapia.

Mudah Membiak

Ikan tilapia merupakan spesies ikan yang mempunyai rekod pembiakan yang luar biasa. Mereka boleh mengeluarkan hingga 1,000 telur ikan sekaligus.

Ekosistem Air Tawar

Dalam ekosistem air tawar, ikan tilapia memainkan peranan penting dalam mengawal populasi serangga dan alga. Mereka ini boleh dikatakan sebagai penjaga kebersihan kolam semula jadi.

Ikan Yang Bijak

Ikan tilapia dikatakan sebagai ikan yang bijak. Mereka mampu mempelajari rutin harian contohnya waktu kita bagi makan dan mengenali pemiliknya. Macam ikan peliharaan yang ada feel, kan?

Ada Dimana-Mana

Ikan tilapia adalah ikan air tawar yang popular di seluruh dunia. Ianya boleh dijumpai di Asia, Afrika, Amerika Latin, dan bahkan ada juga di negara Australia.

Resipi Ikan Tilapia

Di Malaysia, ada pelbagai jenis resipi yang boleh kita cuba untuk memasak ikan tilapia ini. Antaranya seperti tilapia masak masam manis, tilapia masak 3 rasa, ikan tilapia berlado, dan yang paling sedap ikan tilapia goreng panas-panas cicah sambal petai.

Penutup

Itulah dia 18 fakta dan trivia menarik tentang ikan tilapia.

Jadi, kalau kita ternampak ikan tilapia yang dihidangkan di atas meja makan, sekarang kita tahu lebih banyak tentang rahsia si ikan tilapia ini.

Similar Posts