Selalunya penternakan ikan talapia dijalankan di tepi sungai, kolam atau di dalam tasik.
Namun sebenarnya kita juga boleh memulakan penternakan ikan talapia secara kecil-kecilan hanya di rumah sahaja.
Di dalam artikel ini, jom kita lihat 3 sebab kepada perlu ternak ikan talapia di rumah.
Sumber Makanan Murah
Dengan keadaan yang tidak menentu sekarang ini, harga ayam dan daging kadangkalanya agak mahal.
Untuk mendapatkan sumber makanan yang murah dan berkhasiat, ikan talapia ialah alternatif yang terbaik untuk dimakan oleh seisi keluarga.
Ikan talapia ialah makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan protein, omega-3, vitamin dan mineral dengan kandungan lemak yang rendah.
Nak makan ikan? Tangkap sahaja ikan di belakang rumah dan goreng panas-panas.
Jana Pendapatan Sampingan
Kelebihan ikan talapia ialah ianya mudah membiak dan mudah dijaga.
Selain daripada sumber makanan yang murah, ikan talapia juga boleh memberikan sumber pendapatan secara sampingan kepada kita.
Ini kerana anda boleh menjual ikan dewasa di pasar tani atau menjual anak-anak ikan kepada usahawan-usahawan penternakan ikan air tawar yang lain.
Ikan talapia mempunyai harga yang agak baik di dalam pasaran Malaysia dan digemari oleh ramai orang.
Menjimatkan Duit
Daripada membeli ikan di pasaraya, lebih elok jika kita menternak sendiri ikan di rumah.
Ada sesetengah daripada kita agak was-was untuk membeli ikan terutamanya ikan keli kerana tidak tahu sumber makanan ikan tersebut halal, bersih atau tidak.
Menternak ikan sendiri di rumah merupakan pilihan terbaik dan menjimatkan duit poket kita.
Selain itu, menambah diet ikan di dalam diet seharian kita juga merupakan pilihan yang sihat.
Penutup
Sebenarnya sangat mudah untuk ternak ikan talapia di rumah kita.
Kita boleh membina sistem penternakan ini dengan hanya melihat tutorial di internet.
Namun jika anda ingin jimatkan masa untuk membuat penternakan ikan talapia, dapatkan panduan ini.
Panduan ebook ini boleh menjimatkan masa anda daripada melihat tutorial di Internet yang mempunyai pelbagai versi sistem.
Panduan ini juga merupakan perkongsian ilmu daripada pakar penternakan ikan talapia di Malaysia.