Dua tahun lepas negara kita pernah digemparkan dengan berita tular yang mengatakan bahawa ikan talapia tidak selamat dimakan melalui artikel “3 Sebab Kenapa Anda Perlu Henti Memakan Ikan Talapia”.
Tapi, betul ke kenyataan tersebut?
Kalau mengikut website Sebenarnya.my, ianya TIDAK BETUL.
Sumber gambar: Facebook
Ini kerana ikan talapia yang diternak di negara Malaysia dipantau oleh Jabatan Perikan Malaysia (DOF) melalui Aqualculture Residue Monitoring Program (ARMP) dan Sanitary and Phytosanitary (SPS Aquaculture).
Jadi, ikan talapia di negara kita adalah SELAMAT untuk dimakan dan TIDAK akan meningkatkan risiko keradangan mahupun mengandungi antibiotik atau racun perosak.
Kalau mengikut kajian yang dijalankan oleh FAO, WHO, FAO, CODEX, USFDA pula, ikan talapia yang memakan pellet soya atau jagung yang diubahsuai tidak akan menyebabkan kesan negatif kepada manusia.
Lagi satu DOF juga ada mengeluarkan garis panduan Amalan Akuakultur Baik (GAqP) agar penternak ikan talapia di negara kita membuat kaedah penternakan ikan air tawar yang baik dan selamat.
Jangan risau untuk makan atau membuat pelaburan membuat ternakan ikan talapia ini.
Kerana kenyataan bahawa ikan talapia tidak selamat dimakan adalah tidak betul.
Baca artikel selanjutnya: Kelebihan Penternakan Ikan Talapia