Ikan Tilapia Ke Ikan Talapia? Mana Satukah Yang Betul?

Ada orang yang sebut sebagai ikan tilapia dan ada juga yang sebut sebagai talapia. Tapi mesti anda akan tanya, yang mana satukah sebutan yang betul? Ikan tilapia ke ikan talapia?

Oreochromis niloticus. Itulah nama saintifik bagi ikan tilapia.

Nama ini berasal dari bahasa Latin, dan ikan ini umumnya dikenali sebagai tilapia di pelbagai negara, termasuklah Malaysia.

Tilapia merupakan ikan air tawar yang popular dalam industri akuakultur dan perikanan.

Walaupun begitu, ada kalanya terdapat kekeliruan dalam sebutan, dan sesetengah orang mungkin secara tidak sengaja menyebutnya sebagai “ikan talapia.”

Ramai orang yang terkeliru dengan sebutan ini.

Daripada rujukan yang dibuat dalam Kamus Dewan, sebutan yang betul ialah tilapia bukan talapia.

Kamus dewan edisi keempat

[ti.la.pia] | تيلاڤيا

Definisi : sj ikan darat ~ rumput sj ikan darat, Tilapia mossambica.

Tetapi apa yang menariknya di Malaysia, majoriti orang kita selalu akan sebut ikan TALAPIA.

Ikan Tilapia Ke Ikan Talapia?

Kalau tanya kedai pun mereka akan sebut talapia.

Sebutan mana-mana pun boleh asalkan orang faham jenis ikan yang kita jual.

Isi ikan tilapia juga sedap dan lembut dan ianya merupakan sumber protein yang baik untuk semua peringkat usia.

Similar Posts