Ikan talapia mempunyai 100 lebih spesis dan telah pun menjadi sebahagian daripada diet manusia sejak ribuan tahun dahulu.
Sejak akhir-akhir ini, ramai yang berminat untuk menjana pendapatan melalui penternakan ikan air tawar seperti membuat penternakan ikan talapia.
Ada empat kelebihan jika kita memilih untuk membuat ternakan ikan talapia ini.
Antara kelebihannya ialah:
Kelebihan 1: Haiwan Omnivor
Ikan talapia merupakan salah satu haiwan omnivor yang makan apa sama ada daging, tumbuh-tumbuhan atau lumut-lumut di bawah kolam.
Ikan talapia mampu mencerna 60% lumpur melalui sistem penghadaman mereka yang unik.
Jika anda membuat ternakan ikan talapia secara kecil-kecilan di rumah, anda jangan risau tentang sisa organik yang ada di rumah anda.
Ini kerana kita boleh berikan sisa makanan tersebut seperti lebihan sayur atau ayam dan daging kepada ikan talapia tersebut.
Kelebihan 2: Tahan Penyakit
Ikan talapia ialah salah satu spesis ikan yang tahan penyakit berbanding spesis ikan yang lain.
Walau pun terdapat beberapa penyakit yang biasa menyerang ikan ini, anda tidak perlu risau.
Ini kerana ada langkah-langkahnya bagaimana mengatasi atau merawat penyakit-penyakit tersebut.
Jadi, ikan talapia sangat sesuai diternak walau pun anda hanyalah seorang pemula (beginner).
Kelebihan 3: Mudah Membiak
Ikan talapia boleh membiak dengan kadar yang luar biasa.
Dengan kaedah pembiakan yang betul, sepasang ikan talapia mampu menghasilkan 200-300 anak ikan dalam masa sebulan.
Banyak bukan?
Ikan talapia melindungi anak-anak mereka di dalam mulut dan ini akan meningkatkan kadar kelangsungan hidup.
Oleh sebab itu kadar survival rate untuk ikan talapia ini tinggi.
Disebabkan itu kita mudah untuk mendapat pulangan modal (ROI) dengan membuat penternakan ikan air tawar menggunakan spesis ikan ini.
Kelebihan 4: Kepelbagaian Resipi
Ikan talapia mempunyai daging putih yang lembut ketika dimasak dan mempunyai rasa yang unik.
Ikan ini sedap dibakar, digoreng, dijadikan sup dan banyak lagi resipi yang boleh dicuba sehinggakan ramai penggemar ikan talapia di dunia yang suka berkongsi resipi di Internet.
Penutup
Inilah beberapa kelebihan jika kita membuat penternakan ikan air tawar menggunakan ikan talapia.
Jika anda berminat untuk membuat penternakan ikan talapia, kami sarankan anda mendapatkan ebook Panduan Penternakan Ikan Talapia dibawah.
Ebook ini merupakan panduan yang terbaik dan short-cut untuk memulakan penternakan ikan talapia dengan mudah.
Artikel selanjutnya: 10 Fakta Menarik Ikan Talapia