Ramai penduduk di Malaysia menyukai masakan ikan talapia ini lebih-lebih lagi jika digoreng dan dimakan panas-panas dengan nasi dan sambal.
Namun, tahukah anda bahawa ikan talapia mempunyai banyak khasiat?
Di dalam artikel ini, kita akan lihat 4 khasiat ikan talapia yang ramai tidak tahu:
Sumber Vitamin dan Mineral Yang Baik
Antara khasiat ikan talapia ialah ikan ini mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh badan kita.
Antaranya ialah seperti omega-3, selenium, kalium, niacin dan lain-lain.
Selain itu, ikan talapia juga mempunyai nutrien vitamin B12 yang baik untuk kesihatan manusia.
Kandungan Protein Yang Tinggi
Ikan talapia mempunyai kandungan protein yang tinggi sama seperti ayam.
Oleh sebab itu, ikan talapia juga dikenali sebagai “ayam versi akuatik” selain daripada mudah untuk diternak.
Kajian menunjukkan bahawa ikan talapia secara umumnya mengandungi enam kali lebih banyak protein berbanding dengan susu.
Jika anda tidak menggemari ayam, bolehlah makan ikan talapia untuk menggantikan sumber protein anda.
Kandungan Kalsium Yang Banyak
Kalsium merupakan kandungan mineral yang sangat penting kepada tulang dan otot kita.
Selain daripada mengambil supplemen atau minum susu, anda juga boleh mendapatkan kalsium dengan memakan ikan talapia.
Menurut website Nutrition Value, 100-gram ikan talapia mengandungi 10 miligram kalsium iaitu hampir banyak dengan kandungan kalsium di dalam ikan tuna.
Mempunyai Khasiat Zat Besi
Walaupun kebanyakan ikan di pasaran tidak mempunyai kandungan zat besi yang banyak, namun ikan talapia ialah salah satu spesis ikan yang mampu memberikan nutrien zat besi kepada badan kita.
Zat besi amat diperlukan di dalam sel darah merah kita untuk mengangkut oksiden ke seluruh tubuh badan.
Jika kekurangan zat besi, kita boleh mendapat penyakit anemia.
Jadi, jangan lupa dapatkan dan membeli ikan talapia Malaysia. Sangat baik untuk kesihatan kita.
Jika anda berminat ingin membuat ternakan ikan talapia di rumah, baca artikel ini.